Sebagai pengenalan, saya juga berdarah aliran puak Dusun. Ayah Saya berkelahiran dari puak Dusun asli dan ibu saya berkelahiran puak melayu Brunei. Saya ada bertanya dari ayah saya tentang Puak Dusun, termasuklah dari mana datangnya dan dari mana asalnya. Rasa ingin tahu saya itu, tidak terhenti di sini, kerana banyak perkara lagi yang saya mesti tahu dan harus saya kongsikan untuk pembaca.
Seperti yang anda tahu mengikut dari Lembaga perlambangan Brunei hanya terdapat 7 puak brunei saja yang sah rasmi di bawah pendaftaran kebangsaan Brunei di anggap puak jati Brunei yang asli iaitu:
1. Melayu Brunei
2. Kedayan
3. Tutong
4. Dusun
5. Belait
6. Murut
7. Bisaya
Walaupun begitu terdapat beberapa puak yang sudah lama menetap di Negara Brunei tapi masih belum di masukkan kedalam puak-puak yang di iktiraf sebagai puak jati Brunei iaitu Puak Iban dan kaum Cina. Puak iban sudahpun menetap di Negara ini semenjak kurun ke -14 masehi lagi.
PUAK DUSUN
Menurut setengah ahli sejarah kaji manusia, ppuak dusun ini berasal dari keturunan bangsa Cina sebab memandangkan kepada asas persamaan antara bangsa cina dan puak Dusun ini terutama daridapa segi warna kulit, bentuk mata, ukuran badan dan lain-lain sifat. Berpandukan kepada cerita daripada orang-orang lama, puak dusun ini berasal daripada satu keturunan yang sama, kemudian berpecah-pecah mencari penghidupan masing-masing di mana juga tempat yang difikirkan sesuai oleh mereka. Mereka digelar ‘Dusun’ bersesuaian dengan kegiatan mereka yang utama iaitu mereka mengusahakan dusun buah-buahan. Mereka juga bergiat dalam pertanian pindah randah, berkebun sayur, menoreh getah, berternak lembu, kerbau ayam dan itik. Ramai diantara mereka masih lagi berpegang dengan kepercayan ‘animisme’ yang diwarisi dari datuk nenek moyang mereka. Tetapi Alhamdulliah semakin hari semakin bertambah bilangan mereka yang telah memeluk agama Islam.

