Tuesday, 7 June 2011

Pengetahuan Seimbas pandang..

Sebagai pengenalan, saya juga berdarah aliran puak Dusun. Ayah Saya berkelahiran dari puak Dusun asli dan ibu saya berkelahiran puak melayu Brunei. Saya ada bertanya dari ayah saya tentang Puak Dusun, termasuklah dari mana datangnya dan dari mana asalnya. Rasa ingin tahu saya itu, tidak terhenti di sini, kerana banyak perkara lagi yang saya mesti tahu dan harus saya kongsikan untuk pembaca.
Seperti yang anda tahu mengikut dari Lembaga perlambangan Brunei hanya terdapat 7 puak brunei saja yang sah rasmi di bawah pendaftaran kebangsaan Brunei di anggap puak jati Brunei yang asli iaitu:
1. Melayu Brunei
2. Kedayan
3. Tutong
4. Dusun
5. Belait
6. Murut
7. Bisaya
Walaupun begitu terdapat beberapa puak yang sudah lama menetap di Negara Brunei tapi masih belum di masukkan kedalam puak-puak yang di iktiraf sebagai puak jati Brunei iaitu Puak Iban dan kaum Cina. Puak iban sudahpun menetap di Negara ini semenjak kurun ke -14 masehi lagi.
PUAK DUSUN
Menurut setengah ahli sejarah kaji manusia, ppuak dusun ini berasal dari keturunan bangsa Cina sebab memandangkan kepada asas persamaan antara bangsa cina dan puak Dusun ini terutama daridapa segi warna kulit, bentuk mata, ukuran badan dan lain-lain sifat. Berpandukan kepada cerita daripada orang-orang lama, puak dusun ini berasal daripada satu keturunan yang sama, kemudian berpecah-pecah mencari penghidupan masing-masing di mana juga tempat yang difikirkan sesuai oleh mereka. Mereka digelar ‘Dusun’ bersesuaian dengan kegiatan mereka yang utama iaitu mereka mengusahakan dusun buah-buahan. Mereka juga bergiat dalam pertanian pindah randah, berkebun sayur, menoreh getah, berternak lembu, kerbau ayam dan itik. Ramai diantara mereka masih lagi berpegang dengan kepercayan ‘animisme’ yang diwarisi dari datuk nenek moyang mereka. Tetapi Alhamdulliah semakin hari semakin bertambah bilangan mereka yang telah memeluk agama Islam.

Di Dunia hiburan..

Asalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian..

Sebagai hiburan.. Di sini saya ada menyipan sebuah video untuk hiburan anda.. sebagai makluman, semua yang ada di dalam video tersebut adalah pelawak. mereka bersatu dalam membuat sebuah lagu dan video.

semoga anda gembira... =)

Tahukah Anda tahu??


Burung Cenderawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae susunan Passeriformes. Ia terdapat di kawasan Australasiatimur IndonesiaNew Guinea dan tenggara Australia. Ahli keluarga ini terkenal kerana bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan kebanyakan spesies, yang digunakan bagi menarik burung betina ketika musim mengawan. Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor, sayap atau kepala. Sungguhpun memiliki jambul yang menyerlah, dari segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif.
Yang paling terkenal kerana bulu mereka adalah spesies genus Paradisaea, termasuk spesies jenis burung Cenderawasih Besar,Paradisaea apoda. Spesies ini digambarkan dari contoh yang dibawa balik ke Eropah dari ekspedisi perdagangan. Spesimen ini disediakan oleh pedagang tempatan dengan membuang kaki dan sayap mereka, yang mendorong kepada kepercayaan bahawa burung ini tidak pernah hinggap tetapi kekal terapung oleh bulu mereka. Ini memberikan nama Inggeris mereka "Burung syurga - birds of paradise" dan nama saintifik apoda - tanpa kaki.
Kebanyakan spesies memiliki upacara mengawan yang rumit, dengan spesies Paradisaea mempunyai sistem mengawan jenis Lek. Yang lain, seperti spesies Cicinnurus dan Parotia, mempunyai tarian mengawan yang khusus, dengan spesies menggayakan jambul dalam gaya tarian ballet tutu yang merupakan tabiat yang mengkagumkan bagi burung kerana persamaan secara tidak sengaja dengan tarian hula dan limbo.

Monday, 6 June 2011

Tanamkan sifat hormat menghormati..

Asalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian..

Saya di sini ingin membincangkan tentang perkara yang saya ke utarakan di atas. Kita sebagai manusia yang serba kekurangan memang terkadang lalai dengan kehidupan kita sehinggakan terlupa dalam hal hormat menghormati orang lain. Nah, di sini mari kita renungkan bersama.

Seperti yang kita tahu, kita memang dilahirkan dengan begitu sucinya ke dunia ini. Dan kita juga tahu bahawa, setiap manusia itu ada ketidak sempurnaan sifatnya. Kekurangan tersebut bukanlah dipinta bagi setiap individu. Tetapi, itulah anugerah yang amat besar dari Allah kepada umatnya. Tugas kita hanya dapat mensyukuri di atas apa yang telah diberikan.

Kekurangan seseorang janganlah kita pandang sebagai satu bahan untuk ditertawakan dan untuk dipersendakan. Tetapi kita lihat ia dari sudut kelebihannya. Mungkin anda tahu sendiri, seperti mana yang kita dapat lihat, harga sebuah lukisan yang dilukis oleh seorang insan yang tidak mempunyai dua belah tangan dan melukis dengan menggunakan jari kaki mempunyai harga yang amat bernilai daripada sebuah lukisan yang dilukis oleh insan yang sempurna.

Dimana letaknya diri kita? Dimana letaknya sifat hormat menghormati kita? Ada kah kita cukup sempurna untuk mengata orang lain?

Wahai para pembaca sekalian, bukankah saya telah nyatakan diatas, setiap manusia itu dilahirkan mengikut kehendak Ilahi, jadi setiap celaan dan hinaan yang ditujukan kepada setiap manusia itu, sama seperti kita tujukan kepada yang Esa. Jadi renungkanlah.

Tiada yang sempurna di dalam dunia ini, belajar lah untuk menghormati orang sekeliling kita. Bukan lah sesuatu yang susah untuk menyapa dan memberi salam, termasuk juga memberi senyuman...

Sekian dari saya.. ''Perubahan yang sedikit itu boleh membuat kita sedar pada akhirnya..'' jummpa di artikal seterusnya..

Bermulanya cuti persekolahan..

Asalamualaikum dan Salam sejahtera para pembaca sekalian..

Hari ini bermula lah sudah minggu percutian sekolah bagi para pelajar dan penuntut yang masih bersekolah. Musim cuti ini juga para pelajar dan penuntut berpeluang untuk meluangkan masa bersama keluarga mereka sendiri dan mahupun sahabat handai.

Saya juga begitu yakin, ada sebilangan ibubapa telah merancang sesuatu untuk bercuti keluuarga, sama ada bercuti dalam negeri mahupun ke luar negara.

Ini bukanlah suatu yang biasa lagi, kerana setiap musim percutian sekolah ibubapa sibuk untuk merancang sesuatu atas tujuan untuk meluangkan masa bersama-sama anak mereka.

Baiklah para pembaca sekalian. Jumpa di artikel seterusnya.

Memperkenalkan Siapa Diri Saya....


Nama: Mohammed Ali Asma'e bin Mohammed Nasir

Umur: 21 Tahun.

Tarikh Lahir : 04hb April, 1990.

Tempat Tinggal: No.5 Spg 570 Kg Panchong Jln Rambai Tutong, TG 3143. NBD

N0. Kad Pengenalan : 01-039548 (K)

at Lahir : Rumah Sakit RIPAS, NBD.

Institusi: Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah, Dalam Jurusan Diploma Kebangsaan Kewangan dan Perdagangan.
Posted by Picasa